I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, February 23, 2012

Tak Suka Rokok!!

Tengok tajuk pon dah taw aku nak cite pasal ape kan. Hahaha! Nak cite pasal rokok ni. Dulu masa aku kecik kecik aku suka sangat bau asap rokok. (jangan kerut dahi plak, hihi) Tak taw kenapa mungkin sebab abah aku dulu rajin isap rokok. Tapi dye bukan slalu isap rokok yang mahal mahal harge sampai sepuluh hingget lebih tu, idakkk. Ni rokok jenis orang orang kampung punye. Haa, rokok yang tu ada la bau yang agak wangi sikit. Haha, wangi ke? Aku pon tak hingat.
Lebih kurang macamni la antara bahan rokok yang abah aku rajin isap tu. Jimat sikit duit dye kan. Benda sama je keluar asap jugak, cuma sedap dengan tak je. Haha!
Aku tengok sekarang ni ramai orang isap rokok mengalahkan makan nasi Mc'D KFC, haha tetiba cerita sal makan. Yang lelaki memang dah biasa lah. Tak boleh nak wat pe bagi yang ketagih rokok ni. Perempuan pon sama jugak ngikutnye. Haihh! Even aku ada BF pon memang aku akan tegor dye, tapi aku takkan mendesak. Boley sakit woo suruh deme benti dengan mendadak ni. Rokok dengan setengah orang ni dah macam nyawa dyorang sendiri, perhhh! So, bila dah besar ni kalau ada orang hisap rokok dekat dengan aku je, dengan tak malunye aku akan tutup hidung aku. Nantaklah orang tu nak pikir pe pon. Bagi yang dah kenal aku, dyorang faham and setengah orang yang menghisap rokok ni pon tak respect aku jugak. Sukehati datok nenek dye lah nak menghembuih asap busuk dye tu kat muke aku! Cissss~ 
Sekarang abah aku dah tak hisap rokok dah. Sebab dye pernah menghidapi penyakit jantung. Masa dye dapat taw dye mengidap penyakit tu, jantung dye taklah kronik mana. Semua tu gara gara rokok punye penangan. Tapi kalau abah aku buat kerja penat sangat dye akan pegang batang rokok tu jugak. Aku pon tak taw kenapa. Tapi kawan aku cakap boleh kasi energy gitu. Hahaha, sakit mata aku taw bila tengok dye pegang rokok. Sebab aku dah biasa tengok dye tak hisap, tetiba tengok dye nak hisap kan jadi risau plak dengan sedutan sedutan rokok yang bahaya tu.
Lepastu aku tengok kekawan aku yang isap rokok pon sahari boleh layan 2 kotak. Tu pon paling sikit lah. Ada jugak kawan aku yang dah agak berusia sikit kalau dok lepak dengan dye, tengok dye hisap rokok macam minum air. Perhh, banyak taw! Kalau kopi ais segelas dye minum tak habis lagi, dye akan tambah rokok. Sambil minum sambil isap. Hahaha! Tengok dye isap pon dalam kepala otak aku dah imagine kaler paru paru dye kaler ape. Ahaks!
So kalau kalau ada sesape nak mengkomen, komen lah yang molek molek. Aku cuma share ape yang aku rasa. Bukan aku benci golongan yang hisap rokok ni, idakk. Aku faham. Benda pon dah terbiasa kan. Tapi nasihat aku kalau boleh hindar tu hindar lah. Kalau boleh benti pon benti lah dari menghisap rokok. Sayang badan kita nak pakai lama kan. Hihi. Tuje lah. Ardiyoss~

My Cerita Korea

 Kali ni aku nak Share cerita pebret korea aku. Dari kecik masa aku skolah menengah lagi dah muncul cerita ni. Lama tak lama cerita ni dah wujud. Cerita yang aku maksudkan ni ialah..........




Haaa. Ni lah dye cerita nya. Korang taw ni cerita apa? Ni cerita Stairway to Heaven.  Banyak-banyak cerita korea, cerita ni la yang paling aku sukeeeeee sangat. Sebab bukan setakat romantik je, cerita ni banyak sal pengorbanan seorang perempuan iaitu Han Jung Suh atau nama artisnya ialah Choi Ji woo. Han Jung Suh ni la pembawa watak heroin dalam cerita ni. Disusuli dengan lelaki dalam gambar sebelah dye tu, yang tu hero cerita ni. Nama laki ni plak Song Joo atau nama artisnya Kwon Sang Woo. Hensem and lawa kan dua-dua hero heroin Stairway to Heaven ni. Terasa macam aku nak masuk dalam cerita tu jadi heroinnya and dapat lelaki kacak macam Kwon Sang Woo. Hihihii.


Ok lah, sekarang aku nak cerita lah serba sedikit pasal cerita ni kan. Dari mula lagi cerita ni tunjuk dengan watak masa dyorang kecik kecik lagi. Dari kecik dyorang memang dah bercinta dan ditakdirkan untuk bersama. Tapi terhalang plak dengan niat jahat ibu tiri pada Han Jung Suh ni.


Ni lah rupe Han Jung Suh dangan Song Joo dalam cerita ni time depa kecik kecik.


Banyak halangan dan rintangan Han Jung Suh tu terpaksa hadapi. Terpaksa dipisahkan dengan lelaki yang dye cintai dari pergi sambung belajar sama-sama ke luar negeri. Lepastu ditimpa kemalangan sampai hilang ingatan dye. Kesian nasib yang menimpa Jung Suh. Siapa yang tengok memang tak berenti henti dari menangis la habaq hang. Kali ni aku tengok cerita ni kat channel NTV7 yang disiarkan setiap pukul 12pm pon tak benti benti nanges bila sampai babak yang sedih tu. Huhuhu.



Dua gambar ni ialah watak jahat dalam cerita ni. Sorang mak sorang anak. Dua dua pangai cam ****. Haha. Sebabkan dyorang dua ni lah Jung suh hilang ingatan and pompuan baju pink ni memang sengaja langgar Jung Suh dulu.

Kesudahannya Jung Suh dengan Song Joo dapat kahwin jugak. Time tu pon Han Jung Suh dah sakit tenat dah :'(
Janji cinta mereka untuk bersama akhirnya berkesudahan dengan kematian Han Jung Suh walaupon dyorang dapat kahwin. Tapi dua pompuan jahat ni last skali ditangkap jugak sebab dah pecah tembelang kejahatan dyorang oleh abang Jung Suh sendiri.

Kalau korang nak taw lebih lanjut bolehla beli CD cerita ni. Tak rugi pon. Bagi yang minat cerita korea macam aku la. Hihi. Walaupon endingnya sodeh tapi in same time korang dapat tengok kesetiaan cinta seorang lelaki terhadap kekasih dye yang dye cinta sejak kecik lagi.

Alaaa, dah nama cerita, memang la boleh wat watak sedih and setia hingga akhir hayat kan. Realiti pon susah nak jumpa pasangan yang ada perasaan yang sama and bley simpan perasaan yang sama tu dalam tempoh yang lama macam dalam cerita ni.

Pepon bagi yang nak tengok cerita korea baru, boley la layan cerita ni. Even cerita ni dah lama sekalipon, aku sendiri tak pernah bosan. Ok, ardiyosss~ 
( eh2 sebelom tu aku ada sikit gambar untuk tatapan korang yang minat dengan cerita ni and bagi yang baru nak tengok cerita ni )

Comelkan Kwon Sang Woo ni ^_^


Hensemmm lah laki mata sepet ni. I like! Huhuhu!