I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, February 23, 2012

My Cerita Korea

 Kali ni aku nak Share cerita pebret korea aku. Dari kecik masa aku skolah menengah lagi dah muncul cerita ni. Lama tak lama cerita ni dah wujud. Cerita yang aku maksudkan ni ialah..........




Haaa. Ni lah dye cerita nya. Korang taw ni cerita apa? Ni cerita Stairway to Heaven.  Banyak-banyak cerita korea, cerita ni la yang paling aku sukeeeeee sangat. Sebab bukan setakat romantik je, cerita ni banyak sal pengorbanan seorang perempuan iaitu Han Jung Suh atau nama artisnya ialah Choi Ji woo. Han Jung Suh ni la pembawa watak heroin dalam cerita ni. Disusuli dengan lelaki dalam gambar sebelah dye tu, yang tu hero cerita ni. Nama laki ni plak Song Joo atau nama artisnya Kwon Sang Woo. Hensem and lawa kan dua-dua hero heroin Stairway to Heaven ni. Terasa macam aku nak masuk dalam cerita tu jadi heroinnya and dapat lelaki kacak macam Kwon Sang Woo. Hihihii.


Ok lah, sekarang aku nak cerita lah serba sedikit pasal cerita ni kan. Dari mula lagi cerita ni tunjuk dengan watak masa dyorang kecik kecik lagi. Dari kecik dyorang memang dah bercinta dan ditakdirkan untuk bersama. Tapi terhalang plak dengan niat jahat ibu tiri pada Han Jung Suh ni.


Ni lah rupe Han Jung Suh dangan Song Joo dalam cerita ni time depa kecik kecik.


Banyak halangan dan rintangan Han Jung Suh tu terpaksa hadapi. Terpaksa dipisahkan dengan lelaki yang dye cintai dari pergi sambung belajar sama-sama ke luar negeri. Lepastu ditimpa kemalangan sampai hilang ingatan dye. Kesian nasib yang menimpa Jung Suh. Siapa yang tengok memang tak berenti henti dari menangis la habaq hang. Kali ni aku tengok cerita ni kat channel NTV7 yang disiarkan setiap pukul 12pm pon tak benti benti nanges bila sampai babak yang sedih tu. Huhuhu.



Dua gambar ni ialah watak jahat dalam cerita ni. Sorang mak sorang anak. Dua dua pangai cam ****. Haha. Sebabkan dyorang dua ni lah Jung suh hilang ingatan and pompuan baju pink ni memang sengaja langgar Jung Suh dulu.

Kesudahannya Jung Suh dengan Song Joo dapat kahwin jugak. Time tu pon Han Jung Suh dah sakit tenat dah :'(
Janji cinta mereka untuk bersama akhirnya berkesudahan dengan kematian Han Jung Suh walaupon dyorang dapat kahwin. Tapi dua pompuan jahat ni last skali ditangkap jugak sebab dah pecah tembelang kejahatan dyorang oleh abang Jung Suh sendiri.

Kalau korang nak taw lebih lanjut bolehla beli CD cerita ni. Tak rugi pon. Bagi yang minat cerita korea macam aku la. Hihi. Walaupon endingnya sodeh tapi in same time korang dapat tengok kesetiaan cinta seorang lelaki terhadap kekasih dye yang dye cinta sejak kecik lagi.

Alaaa, dah nama cerita, memang la boleh wat watak sedih and setia hingga akhir hayat kan. Realiti pon susah nak jumpa pasangan yang ada perasaan yang sama and bley simpan perasaan yang sama tu dalam tempoh yang lama macam dalam cerita ni.

Pepon bagi yang nak tengok cerita korea baru, boley la layan cerita ni. Even cerita ni dah lama sekalipon, aku sendiri tak pernah bosan. Ok, ardiyosss~ 
( eh2 sebelom tu aku ada sikit gambar untuk tatapan korang yang minat dengan cerita ni and bagi yang baru nak tengok cerita ni )

Comelkan Kwon Sang Woo ni ^_^


Hensemmm lah laki mata sepet ni. I like! Huhuhu!








No comments:

Post a Comment